Sunday, January 18, 2009

Tentang Israel

Nama "Israel" berakar umbi dalam Bible Ibrani, di mana Jacob menamakan semula Israel selepas berjaya bergelut dengan seorang musuh yang penuh misteri, dimana di dalam kepercayaan kristian mush itu adalah tuhan yang sedang menyamar. Negara bible ini yang diasaskan oleh Jacob kemudian dipanggil "Anak-anak Israel" atau "Orang-orang Israel" (Israelite).

Di dalam al-Quran juga bangsa ini disebut Bani Isra'il. Secara etiomologi, Bani bermakna anak-anak keturunan sedangkan Isra'il adalah nama asli Nabi Ya'akub a.s. Baginda adalah putera Nabi Ishaq a.s. bin Ibrahim a.s. Baginda berhijrah ke Haran wilayah Syria utara dan bernikah di sana, disanalah generasi pertama Bani Isra'il berkembang.

Rasminya Negeri Israel adalah sebuah negara di Asia Barat yang terletak di pinggir tenggara Laut Mediteranean. Negara ini menyempadani Lebanon di utara, Syria serta Jordan di timur, dan Mesir di barat daya. Jumlah penduduknya melebihi tujuh juta orang. Penduduk-penduduknya termasuk warganegara-warganegara yang terdiri daripada banyak latar etnik dan agama.

Israel yang diasaskan pada tahun 1948 di atas tanah yang pada masa itu diduduki orang Arab dan mengamalkan demokrasi berparlimen dan merupakan negara Yahudi yang tunggal di dunia. Negara ini mempunyai ekonomi yang maju dari segi teknologi dan perindustrian, dan mendapat tempat ke-23 antara 177 buah negara dalam Indeks Pembangunan Manusia PBB pada tahun 2005. Tempat ini ialah tempat yang tertinggi di Timur Tengah dan yang ketiga tertinggi di Asia.

Pada tahun 1947, PBB memutuskan untuk membahagi daerah mandat British, Palestin. Keputusan ini ditentang keras oleh negara-negara Timur Tengah dan banyak negara Muslim. Menurut PBB, kaum Yahudi mendapat 55% dari seluruh wilayah tanah meskipun hanya merupakan 30% dari seluruh penduduk di daerah ini. Manakala Baitulmuqaddis, bandar suci Yahudi, Muslim dan Kristian, akan dijadikan bandar antarabangsa.

Israel ditubuhkan pada tanggal 14 Mei 1948. Namun keesokan harinya, Israel diserang oleh pakatan tentera Lubnan, Syria, Jordan, Mesir, Iraq dan negara Arab yang lain. Dalam peperangan ini, Israel berjaya mengalahkan tentera bersekutu Arab dan malah merampas lebih kurang 70% dari luas wilayah Palestin.

Perang ini menghasilkan banyak kaum pengungsi Palestin yang mengungsi dari daerah Israel. Tetapi di sisi lain tidak kurang pula kaum Yahudi yang diusir dari negara-negara Arab. Sumber, Wikipedia.

P/S: Sahih ataupun tidak, wallahualam. Ape yang penting? Kerjasama. He he he.. Yang penting, marilah kite same-same berdoa untuk kesejahteraan saudara kita di Palestine yang kini sedang menjadi mangsa kekejaman tentera Zionis. Al-Fatihah.

Bersyukur lah kite kerana masih mampu tidur lena di atas tilam yang empuk dan di dalam rumah sendiri dengan aman dan damai. Bersyukurlah juge kerana masih mampu ke sekolah setiap hari. Bersyukurlah kerana masih boleh memilih hidangan yang enak-enak untuk santapan harian kite.

Serta bersyukurlah kerana masih mempunyai waktu terluang untuk melayari internet untuk mengupdate blog dan membaca blog orang lain dengan aman tanpa sebarang masalah. Bertuahkan kite?