Monday, February 16, 2009

cerita perempuan :)


best ye jadi perempuan sebab,

perempuan selalu diberi keutamaan berbanding lelaki,kalau apa apa terjadi
perempuan yang diselamatkan dulu. Macam dalam cite titanic pun masa
saat saat getir perempuan tetap yang harus diselamatkan terlebih dahulu.

perempuan ada kuasa untuk menangis tanpa banyak halangan
kalau ada rasa nak nanges,kami akan nanges je walaupun tak ada sebab
yang munasabah. kekadang, tu memang akan rasa macam nak nanges je. sebab
kami memang mudah dan cepat menangis . hehe.

perempuan ada banyak pilihan barangan yang dibeli macam
kalau misim perayaan, baju perempuan yang banyak terdapat kat kedai baju.
boleh pilih suka hati,ikut jenis,warna,gaya, dan corak kesukaan.

perempuan boleh pakai apa apa jenis dan warna pakaian. tak kisah baju laki ke
perempuan, kami tetap boleh memakai nya. warna lagi lah semua warna boleh
fit kalau lelaki, boleh ke lelaki pakai baju perempuan ? nak pakai baju
jenis dorang sendiri pun warna kena tengok juga kn. hahahahahaha.

perempuan senang nak dapat duit dari mana dapatnya duit tu,sendiri punya hal
tapi, perempuan memang senang kot nk dapat duit. sebab tu lah ramai laki nak
jadi perempuan kot pada zaman sekarang ni. hahahahahaah.

perempuan boleh wat lelaki menangis,pernah ada orang cakap,
sekuat dan segagah mana seorang lelaki,tetap akan menangis
diesebabkan seorang wanita yang dicintai. ecececeh.haha. tapi. betul lah tu.
lagi lagi lelaki sekarang ni, hobi dorang memang nangis disebabkan kita, perempuan

perempuan kretif memikirkan alasan di atas kesilapan
yang dibuat. senang aje kalau tak nak ke kelas ke pape ke boleh bagi alasan senguggut ke pape ke.
sebab semua orang tahu senggugut hanya akan datang ke perempuan dan kesakitan ye amatlah
sukar dielakkan. hehe


perempuan paling mudah sekali dapat pahala.perempuan senang sangat
nak masuk syurga sebernanye. Buat ini dapat pahala,buat itu dapat pahala.
Berkali ganda pahalanya lagi yang sudah bersuami dan bergelar ibu.


tapi susahnya jadi perempuan sebab,

perempuan selalu dianggap lemah. walaupun kami memang ternyata lemah
daripada lelaki,tapi tak semestinya korang boleh amik kesempatan ke atas kami ni kan..
laki memang gagah,tapi selalu nya menyalahgunakan kegagahan mereka diatas kami.

perempuan selalu jadi mangsa,mangsa keadaan dan juga lelaki yang tidak bertanggungjawab.
kes rogol misal nya, perempuan yang tidak bersalah pun turut disalahkan dan ia kena aniaya,
lepas itu dapat malu,trauma,pastu tiba tiba disahkan mengandung pulak.
memang kesian kan...

perempuan selalu dipandang rendah. tahu lah kiteorang ini tidak segagah lelaki,
tapi tak semeti yee kitaorang tak boleh buat apa yg lelaki boleh buat betul tak ?
dan tak semestiyee lelaki boleh mengaksenkan diri masing masing.

perempuan ini agak cerewet dan melecehkan.perempuan tak sesimple lelaki boleh
pkai apa je untuk keluar.kitaorang kenalah jaga imej dan juga jage segala penjagaan
supaya tidak menjadi bahan mulut orang lain.

perempua paling banyak masuk neraka. ni memang sudah tertulis .nak buat macam ne kn.
perempuan senang nak masuk syurga,tapi yang paling banyak masuk neraka.sebab perempuan
banyak akhlak yang perlu dijaga,tapi tak dijaga..

pernyataan di atas, adalah pemikiran saya. walaupun saya masih tidak matang
tapi ni jelah yang saya tahu, so siapa siapa yang rasa nk tambah, di alu alukan sekali.
hehehee :))