Sunday, February 15, 2009

The Middle of FEBRUARY.




Rasenya orang tak berapa familiar dengan istilah 'The Middle of FEBRUARY' tetapi orang akan teruja dengan tarikh '14 FEBRUARY' for every year especially couple2 yang sedang dok hangat bercinta bagaikan pijak semut pun tarak mati lah. Well, tarikh ini amat2 la popular di seluruh dunia kerana bagi mereka tarikh tersebut adalah untuk mereka menyambut Hari Berkasih SAYANG bersama pasangan tercinta mereka. Wah! Hebat sungguh penangan tarikh tersebut yeee.

By the way, kat Malaysia nie pun tak dapat dinafikan agak ramai jugak pasangan kekasih yang beria2 menyelebrate bersama kekasih hati, lagi2 mereka yang terlalu busy dengan kerja. Kadang2 tue tak ade masa untuk bersama kekasih hati all the time dan tarikh 14 Feb itulah memberi mereka kesempatan untuk bertemu, berdating, candle light dinner same2, gelak-ketawa bercerita dan sebagainya bagi menambah saat2 sweet memory mereka. :)

Tak lupe juga pada tarikh tersebut, ada juga pasangan yang mengambil keputusan untuk berkahwin seperti selebriti terkenal Malaysia iaitu QueHaidar dan LindaJasmin sempena hari memperingati kekasih ini. Yeah! Rase cam romantik giler pasangan ini kan? Dah lah dua2nye kacak dan cantik. Sungguh padan gituu! Ape2 pun, Selamat Pengantin Baru buat meraka.

Dan bagi saya pulak, tanggal 14 FEBRUARY nie taklah bermakna sangat dalam kalendar hidup saya kalo nak dibandingkan dengan hari raya Aidilfitri, tak pun hari raya Qurban sebabnya kedua2 tarikh nie sememangnya saya akan disajikan dengan makanan2 yang enak2 serta lazat hasil tangan ibunda saya. So bile perut kenyang, lagi lah bertambah senang hati right? hehehe :)

Oh yeah! Berbalik kepada cerita saya. Actually, bagi saya tiada istilah hari memperingati kekasih pada 14 February dalam kamus hidup saya kerana setiap saat, minit, jam, hari, bulan dan tahun merupakan detik untuk saya berkasih sayang kepada insan tersayang. So, selama saya hidup nie, tarikh 14 February cam hari2 biasa jer. Tak der special langsung sampai nak celebrate2 bagai tapi ini bukan bermaksud saya tak berkenan dengan pasangan yang menyambutnye. NO! Kerana semuanya itu bergantung kepada niat hati masing2. Nak celebrate ke tak nak celebrate ke, itu terpulang! Yang penting kena berpada2 lah ye? :)

P/S : Teringin sangat nak Candle Light Dinner kat KL Tower. Mesti romantik giler kan? Wiwit! Aih!

0 comments: